Friday, December 25, 2009

TAHUN MELAWAT INDONESIA 2009

18hb Disember 2009, sekali lagi saya dan keluarga ke luar negara. Kali ini kami melancong ke JAKARTA, PUNCAK, BANDONG di Indonesia. Tempat lawatan 3 SERANGKAI di Indonesia seperti juga penyakit 3 serangkai yang sering orang sebut. Maknanya tak sempurna kalau tak melawat salah satunya. Sebenarnya lawatan ini adalah TRIP COMPANY 2009 bagi syarikat bapa saya pada tahun ini, juga mengambil kesempatan dengan TAHUN MELAWAT INDONESIA yang jatuh pada tahun 2009. Antara tempat menarik yang di kunjungi adalah Gunung Berapi Tangkuban Perahu di Bandung. Tangkuban bermakna terbalik. Dari jauh gunung tersebut kelihatan seperti PERAHU YANG TERBALIK, dimana bahagian atasnya kelihatan mendatar.

Di Puncak pula, kami sempat melawat ke MASJID BESAR yang agak unik. Selepas saja masuk pintu pagar, kita di kehendaki menanggalkan kasut dan setokin. Kemudian kita akan melalui kawasan kolam cetek yang dengan sendirinya kaki kita di basuh sebelum masuk ke ruang masjid. Air di kolam cetek tadi adalah air dari alur sungai yang mengalir bersebelahan masjid. "Ini adalah satu IDEA YANG MENARIK" kata bapa saya.

Selepas melawat masjid kami singgah di TAMAN SAFARI dalam perjalanan ke Jakata. Taman Safari adalah taman binatang liar di mana kita yang duduk di dalam kandang (dalam bas) dan binatang bebas di luar. Amat menyeronokkan semasa di taman safari, kita rasa seperti tinggal di dalam hutan bersama binatang liar kerana mereka bebas lepas. Harimau, Singa, Zirafah, Rusa dan lain-lain dan tak terkecuali binatang yang terkaya....BERUWANG....hehehe.

Di Jakarta kami melawat ke MASJID ISTIQLAL, TAMAN MINI INDONESIA, NATIONAL MONUMENT, ANCOL THEME PARK dan banyak lagi. Di Hotel Batavia Jakarta kami sempat mandi kolam, seronok nya.... tak gitu.

Tour guide kami adalah Uncle Bili, tapi orang islam. Baik, bagus semua kehendak kami di layannya. (gambar atas-bawah kanan)
Semasa di Bandung kami makan malam di sebuah Restoran unik iaitu di Restoran Kampong Daun. Terdapat dendangan lagu dari sekumpulan 3 wanita bertudung (gambar atas-bahagian kanan atas). Seorang menyanyi, seorang main gitar dan seorang lagi main drum. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid dan ada juga lagu-lagu kontemporari. Sungguh mengasyikkan.

Di sebuah restoran di Jakarta pula terdapat sebuah pelamin orang Indonesia. Kami sekeluarga pun mencuba pelamin tersebut. Lihatlah gambar tu , cantik kan!!!

Begitulah sedikit sebanyak cerita saya semasa di Indonesia. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang. Sekian dulu.