Monday, March 16, 2009

MY Fovourite Movie...


Monday, March 9, 2009

Majlis Kahwin Pak Ngah Di Johor

Kami ke Johor pada ahad 8.3.09 kerana kenduri sebelah perempuan perkahwinan Pak Ngah Fadzli. Adalah 7,8 buah kereta yang menghantar. Isteri Pak Ngah tu Orang Seelong dekat Senai Johor. Handsome Pak Ngah pada hari tu.

Ibu pun tak melepaskan peluang untuk bergambar berdua dengan isteri Pak Ngah. Zanita bte Masngud nama isteri Pak Ngah. Beruntunglah Pak Ngah mendapat isteri yang comel macam Mak Ngah tu.


Di majlis itu semua orang terpegun mendengar nyanyian Jamal Abdillah. Rupa-rupanya suara Tok Ngah termizi. Wah! macam suara Jamal Lah. 3 lagu di dendang oleh "Jamal". Agaknya Tok Ngah nak lepas gian kut. Dah lama tak karaoke agaknya. Apapun oklah, sebab tak malukan orang Perak. Kalau pergi test kat AF, rasanya Tok Ngah boleh jadi salah sorang finalis la.


Bergambar beramai-ramai masa nak balik. Pak Ngah Fadzli kata dia tak mahu balik ikut kami. Al-maklumlah dah dapat Mak Ngah. Cumanya jangan sampai tak ingat kat Perak sudah. Jangan nanti bila raya asyik2 Johor, asyik2 Johor, macam kata Tok kadi masa akad nikah hari tu. Ingat tu Pak Ngah.




Thursday, March 5, 2009

Harijadi UMI pulak......



Sabtu lepas 28feb09, Along suami Umi (bapa saudara saya) cuba surprise kan Umi sempena harijadi Umi yang ke.......Berjaya juga kerana Umi agak terkejut tapi tak la se dramatik surprise mak su hari tu. Sebenarnya harijadi Umi adalah pada 29feb setiap tahun. tapi 29 hb hanya ada pada tahun lompat, 28hb pun kira OK lah. Majlis itu di adakan di Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa. Along tempah 2 meja. Antara yang hadir adalah keluarga Ibu, Keluarga Anjang, Keluarga Acu dan Keluarga Maksu Comel. Tertanya-tanya juga kami, mengapa Along suka sangat buat apa-apa majlis di Restoran Nelayan tu. Mungkin ada nostalgia kut!!! Sebab di katakan di sinilah Along dan Umi mula-mula bertemu. hehehehe.


Empat Sahabat

Dari kiri ialah saya Nasreen, Suraiya, Hasya dan Nik. Gambar ini diambil sebenarnya untuk tatapan istemewa sahabat karib saya yang kini berada jauh di Dubai iaitu Dania. Melalui gambar ini di harap terubat lah sikit rindu Dania tu kat kami. Saya pun selalu tertunggu-tunggu pose istemewa Dania melalui blognya. Untuk makluman Dania mereka semua kirim salam kat awak tau.