Monday, March 9, 2009

Majlis Kahwin Pak Ngah Di Johor

Kami ke Johor pada ahad 8.3.09 kerana kenduri sebelah perempuan perkahwinan Pak Ngah Fadzli. Adalah 7,8 buah kereta yang menghantar. Isteri Pak Ngah tu Orang Seelong dekat Senai Johor. Handsome Pak Ngah pada hari tu.

Ibu pun tak melepaskan peluang untuk bergambar berdua dengan isteri Pak Ngah. Zanita bte Masngud nama isteri Pak Ngah. Beruntunglah Pak Ngah mendapat isteri yang comel macam Mak Ngah tu.


Di majlis itu semua orang terpegun mendengar nyanyian Jamal Abdillah. Rupa-rupanya suara Tok Ngah termizi. Wah! macam suara Jamal Lah. 3 lagu di dendang oleh "Jamal". Agaknya Tok Ngah nak lepas gian kut. Dah lama tak karaoke agaknya. Apapun oklah, sebab tak malukan orang Perak. Kalau pergi test kat AF, rasanya Tok Ngah boleh jadi salah sorang finalis la.


Bergambar beramai-ramai masa nak balik. Pak Ngah Fadzli kata dia tak mahu balik ikut kami. Al-maklumlah dah dapat Mak Ngah. Cumanya jangan sampai tak ingat kat Perak sudah. Jangan nanti bila raya asyik2 Johor, asyik2 Johor, macam kata Tok kadi masa akad nikah hari tu. Ingat tu Pak Ngah.




No comments: