Friday, April 17, 2009

PANGGILAN BAITULLAH



WOWWW!!! Besarnya Kaabah ni rupanya. Itulah bisikan hati saya pertama kali saya melihat Kaabah dengan mata kepala saya sendiri. Tengok dalam gambar atau tv ingatkan kecil aje. Apa-apa pun saya bersyukur menjadi tetamu Allah di Baitullah pada umur seusia ini, 10 tahun.



Abah membawa kami sekeluarga mengunjungi Baitullah dari 2-14hb April menggunakan agen perlancongan CS Holidays. Selain kami Tok Wan dan Mak Tok pun ikut serta. Mak Tok dan Tok Wan memang menunggu kalau-kalau abah nak ke Mekah kerana kata mereka semasa mengerjakan haji dulu tahun 2005 melalui muasasah tak banyak tempat yang mereka pergi, kerana tak ada siapa yang nak bawa.



Inilah Hotel Najd tempat kami tinggal selama 8 malam. Hotel ini berdekatan Masjid Kucing. Abah kata pada tahun 2006 masa abah menunaikan haji, hotel depan hotel Najd ini telah runtuh dan mengorbankan beberapa orang termasuk jemaah-jemaah Malaysia. Tiba-tiba hari ni datang dah ada hotel baru. Bertingkat-tingkat pula tu.
Gambar kanan tu adalah gambar ibu dengan seorang jemaah dari Pakistan. Rupanya saling tak tumpah macam Auntie Zuha kawan ibu. Cuma dia tinggi sikit dan gemuk sikit. Yang misterinya bila kami balik Malaysia ibu ada telefon Auntie Zuha nak bagi tahu ada orang Pakistan rupa sebiji macam dia. Auntie Zuha pula kata 1 malam masa kami dekat Mekah, dia ada bermimpi yang dia pergi ke Mekah. Dan di Mekah dia telah berjumpa dengan ibu di sana. Pelik betul cerita ni, tapi itulah realiti.




Gambar atas ni, kami di kaki Bukit Thur, tempat Nabi sembunyi semasa peristiwa HIJRAH. Gambar kanan pula gambar di kaki Jabal Rahmah. Saya dan Darweesh merasai bagaimana menunggang unta.



































Masih mengenai unta. Kali ini kami di bawa melawat ke ladang unta di Hudaibiah. Kami dapat lihat bagaimana susu unta di perah. Susu unta rasanya macam santan kelapa tapi tidak berbau. Buihnya dikatakan boleh melicinkan kulit jika di sapukan di muka. Gambar atas kanan-Ibu pun mencuba menyapunya ke muka saya. Tapi setakat sekali sapu tak mungkin ianya berhasil.










Ibu sempat membawa kami merasai KFC di Mekah. Nak rasalah kelainannya dengan rasa di Malaysia. Memang ada lainnya. Tentulah citarasa kita di Malaysia lebih sedap sebab lidah kita dah lidah orang Malaysia. Bagi orang arab tentu di sini lebih sedap kerana lidah mereka dah lidah orang arab. Cuma di sana tak ada cili sos. Yang ada hanya tomato sos.












Sebelum ke Mekah kami terlebih dahulu telah mengunjungi Madinah. Madinah adalah bandar yang lebih terancang dan tidak kelam kabut berbanding Mekah. Mungkin di Mekah keadaan sekarang di mana banyak bangunan sedang di runtuhkan menyebabkan ia begitu. Di Madinah semua hotel baru-baru belaka. Gambar di atas berlatar belakangkan Masjid Nabawi.










Gambar atas kiri-waktu makan di Madinah. Dari segi masakan, di Mekah lebih OK sebab citarasa masakan orang Malaysia. Berbanding di Madinah masakan adalah citarasa orang Indonesia. Gambar atas kanan-ketika dalam bas semasa ziarah luar di Madinah. Saya kurang sihat, muntah-muntah dan demam. Saya tak berapa nak enjoy lah pada hari itu.








Lihatlah gambar kiri atas-saya ketika di Bukit Uhud. Terpaksa tidur di atas paha ibu. Tak berapa sihat. Tok dalam gambar ni pun tak berapa sihat juga. "Sebenarnya Tok nak pergi pasar, nak beli ikan ni. Waktu pun dah tengahari." katanya. Tak sihat la tu!!!
Gambar kanan atas-kubur para syuhada' di kaki Bukit Uhud.









Di Madinah juga kami sempat melawat ladang khurma. Di ladang itu juga ada di jual buah-buah khurma. Di sini lebih elok jika di bandingkan di pasar kerana buah-buah disini lebih segar. Walaupun tidak sihat saya gagahi juga kerana saya tak tahu peluang begini akan datang lagi atau pun tidak.











Bergambar beramai-ramai di hadapan Masjid Quba'.









Sebelum ke Madinah dari KLIA kami singgah di Airport Doha Qatar selama 6 jam. Sempatlah saya dan adik Darweesh bersiar-siar di dalam kawasan Airport Doha.









Gambar-gambar ini semasa dalam tren dari bangunan terminal ke bangunan satelite di KLIA. Lihatlah semua orang tersenyum gembira untuk menaiki kapalterbang ke Mekah.








Gambar-gambar diatas adalah ketika kami hendak pulang ke Malaysia. Gambar kiri adalah beg tambahan yang Maktok beli kerana beg asal dah tak muat. Banyak jugalah yang Maktok shoping, maklumlah cucu-cucu pun dah ramai. Semua anak pun dah kahwin. Tentu ternanti-nanti buah tangan dari Maktok.
Gambar kanan pula menunggu di balai berlepas lapangan terbang Jeddah. Semuanya kelihatan sayu nak meninggalkan Mekah kota paling suci. Dalam hati semuanya berazam ingin datang lagi jika di kurniakan rezeki yang lebih. Bagi Tok Wan dan Mak Tok dah target nak datang lagi tahun 2011 jika panjang usia dan murah rezeki. Untuk kedua-duanya agak berpuas hati kunjungan kali ini, kerana banyak tempat baru yang di kunjungi berbandingan semasa haji dulu. Buat saya, berazam untuk menjadi seorang yang beriman dan anak yang soleha. Moga-moga ia dikabulkan Allah. Amin ya rabbal alamin.

No comments: