Monday, June 22, 2009

BEIJING....OH....BEIJING.....

Abah merahsiakan kepada saya dan adik-beradik yang lain rancangannya untuk membawa kami sekeluarga melancong ke Beijing dari 7-12 hb Jun 2009. Hanya 1 minggu sebelum tarikh bertolak barulah ianya di hebahkan ketika Along dan Angah dah pulang dari asrama untuk bercuti 2 minggu cuti pertengahan tahun. Mula-mula semuanya tak percaya kerana abah baru je bawa kami mengerjakan umrah pada April lalu. Tak kan nak pergi berjalan jauh lagi. Tapi itulah hakikatnya.

2 MINGGU SEBELUM BERLEPAS.
Abah menceritakan 2 minggu sebelum pergi, abah hanya 50-50 samada hendak pergi atau tidak memandangkan wabak H1N1 sedang menular di seluruh dunia. Itulah antara sebab mengapa abah tidak mengumumkan awal-awal. Pada tarikh ketetapan perlu dibuat seperti yang di syaratkan oleh agen perlancongan, abah pergi mendapatkan pendapat doktor famili abah, Dr. Hasni. Selepas mendapat pandangannyalah abah memberanikan diri dan Dr. Hasni nasihatkan untuk mengambil vaksin(ubat cucuk) 2 minggu sebelum pergi.
Maka 2 minggu sebelum, kami sekeluarga pun pergilah cucuk. Tapi masa itu abah masih merahsiakan rancangannya itu. Alasan abah cucuk hanya untuk mencegah dari di jangkiti penyakit H1N1 itu.


HARI 1 (7HB. JUN 2009)
Kami bertolak dari rumah awal pagi menaiki teksi MPV sebelum subuh lagi. Sampai je di airport KLIA kami pun terus je solat dan kemudian check-in. Sekitar jam 9.00 pagi pesawat MAS MH 378 pun berlepaslah. Perjalanan mengambil masa selama 6jam 15minit. Dalam perjalanan tak banyak aktiviti yang kami lakukan, hanya makan 2 kali, tidor dan tengok video. Dan yang paling teruja sudah
tentulah si paling kecil Darweesh. Kami berdua di layan agak istimewa kerana kami kanak-kanak. Makanan pun special, dan diberi alatulis lagi. Masa 6 jam tu tak lah rasa lama sangat, mungkin masing-masing excited nak pergi Beijing. Kami mendarat jam 4.15 petang. Waktu Beijing
sama dengan waktu Malaysia. Cuma kerana ketika ini musim panas, siangnya lebih panjang dan malam nya agak pendek. Abah kata kalau musim sejuk pula, siang pula pendek dan malam jadi panjang. Oleh kerana pada ketika ini heboh dengan kisah H1N1, maka di Beijing kemasukan para
pelancong asing dikawal rapi. Setiap penumpang di ambil suhu badan. kebetulan penumpang di kerusi di hadapan kami mengalami demam. Maka kami semua di arah memakai topeng muka. Pemereksaan tersebut mengambil masa lebih 1 jam. Semasa di balai ketibaan,
pemandu pelancong kami telah pun menunggu, Uncle Philip namanya. Kami pun terus di bawa dengan bas ke hotel. Di hotel kami di temani lagi dengan 6 orang lagi (3 pasang suami isteri) pelancong dari Malaysia yang
tiba lebih awal. Kami pun terus di bawa ke sebuah restoran muslim untuk makan malam. Nampaknya semua orang selera makan, licin semua lauk. Setelah selesai makan, kami pun keluar menuju ke bas. Depan restoran ramai pendatang dari Kaghistan yang berniaga menjual kekacang manis (Candy). Meriah juga keadaannya. Kami sepatutnya ke aktiviti seterusnya iaitu menonton persembahan Akrobatik. Oleh kerana lewat ianya telah di tunda keesokan harimya.

HARI 2 (8 HB. JUN 2009)
Seawal jam 3 pagi dah masuk subuh di Beijing. Jam 4.15 pagi dah cerah macam pukul 7 pagi di Malaysia. Kebetulan pagi tu hujan lebat telah turun sebelum waktu subuh lagi.
Sepatutnya acara pertama pagi ini ialah melawat ke Medan Tiananmen. Dek kerana hujan, program tersebut di pinda. Kami pergi melawat tempat-tempat dalam bangunan dahulu. Jadi kami pun dibawa ke kilang membuat sutera. Barulah saya
tahu bagaimana kain sutera tu di proses dari kepompong ulat hingga menjadi kain untuk di buat baju. Sebelah petangnya selepas makan dan solat, kami di bawa ke satu-satunya muslim supermarket di mana semua barang-barang jualan di jamin halal. "Ibu terjumpa dengan kawannya semasa kat Mekah!" Eh! biar betul. Acah je tu. Tapi kalau kita ke Mekah begini lah pakaian jemaah haji dan umrah kalau datang dari Negeri China.

Dah agak lewat petang, namun hujan masih belum berhenti. Saya dan rombongan kena jugalah meredah hujan melawat Medan Tiananmen dan Forbiden City, kerana hari-hari lain pun program agak padat. Abah terpaksa beli payung. Kami kongsi 3
payung untuk 6 orang. Selepas tu kami pergi makan malam di restoran halal yang lain pula. Di Beijing tak ada masalah nak makan kerana banyak restoran halal. Di Bangkok pun tak begini. Kemudian kami ke persembahan Akrobatik. Habis persembahan kami balik ke hotel untuk berehat.
HARI 3 (9HB. JUN2009)
Alhamdulilah hari yang cerah. Langit Beijing yang berjerubu terang benderang hari ini. Hari ini adalah hari kemucak kerana kami akan menawan STRUKTUR GAH iaitu TEMBOK BESAR NEGERI CHINA. Semua orang nampak ceria hari ini. Hujan pun dah berhenti. Dalam perjalanan tu
kami singgah dulu di kilang JADE. Macam-macam jenis jade ada di jual di situ, kecil, besar, hijau, hitam, putih semua nya ada. Kami tiba di kaki gunung jam 10.30 pagi. Udara amat nyaman dan segar. Uncle Philip memberi kami tempoh 2 jam untuk naik ke atas meneroka dan kemudian
turun. Saya dan ibu mendaki hanya setakat kota pertama sahaja. Abah di kota ketiga. Along, Angah dan Darweesh sampai ke kota keempat. Mereka bertiga ingin teruskan, tapi abah kata cukuplah, takut-takut berlaku perkara yang tidak di ingini. Ini di kota pertama. Itu pun dah tinggi. Bagaimana kalau di kota keempat seperti yang di daki mereka bertiga. Tak apa lah yang penting saya dah jejak ke sini. Orang kata tembok sepanjang 6,000 km ini adalah satu-satunya binaan buatan manusia yang dapat di lihat di bulan dengan mata kasar tanpa menggunakan teropong. Tak tahu lah pula, itu kena tanya Dr. Sheikh Muzaffar kerana dia pernah meneroka ke angkasa lepas. Sebelah petang kami melawat kilang kristal. Memang di Beijing ni banyak betul kilang-kilang kraf tangan. Di hadapan kilang tersebut terdapat replika patung-patung
Pahlawan Terracotta yang mahsyur itu. Patung-patung ini telah dijumpai di suatu daerah di China dan di katakan ianya hasil buatan di zaman Maharaja Shih Huang Ti 2,000 tahun dahulu.

HARI 4 (10HB. JUN 2009)
Tempat pertama hari ini adalah menuju ke Summer Palace. Inilah rupa Uncle Philip pemandu pelancong kami. Cantik kawasan sekitar Summer Palace ini. 75% keluasan tanah di penuhi dengan air tasik yang jernih
berwarna biru. Selepas makan tengahari kami melawat Stadium Sarang Burung yang mahsyur semasa Sukan Olimpik 2008 yang lalu. Saya nampak cantiklah, yang lain saya tak tahu nak komen. Abah pandailah.
Gambar bunga ni adalah lanskap yang terdapat di sekitar kawasan stadium. Cantik sungguh dengan warna warninya, ada merah, kuning, ungu dan sebagainya.

HARI 5 (11HB. JUN 2009)
Hari ini kami berjalan agak jauh ke barat daya Beijing, iaitu bandar TIANJIN. Jaraknya sekitar 150km dari Beijing dan perjalanan dengan bas mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
Di Tianjin juga terdapat sebuah roda bulat yang di namakan EYE OF CHINA macam lah Eye of KL atau pun Eye of London. Tianjin adalah sebuah bandar moden yang sedang pesat membangun. Bangunan-bangunan pencakar langitnya banyak yang dalam
pembinaan dan jambatan-jambatan yang merintangi sungai tak ubah macam rekabentuk jambatan di Putrajaya. Cuma ianya pendek sedikit. Kami di bawa melawat kawasan bazar menjual barang-barang kraf dan seni. Disitulah abah membeli gasing
Darweesh dan sepupu Razin dan Fahiem. Agak unik juga gasing tu dan rekaannya memang hebat kata abah. Selesai makan tengahari di sebuah restoran muslim di Tianjin, kami ke Masjid Tianjin untuk solat jamak dan qasar Zohor dan Asar. Masjidnya macam kat Malaysia berbentuk moden. Ada kubah emas 3 buah.

Kemudian..........HAHAHA.......... kata abah, inilah sebenarnya tujuan lawatan ke Tianjin tu, untuk menaiki keretapi laju atau Bullet Train. Kat Malaysia belum ada lagi. Kalau ada pun KLIA express. Itu pun kelajuan nya hanya mencecah 150km sejam. Bullet Train dari Tianjin ke Beijing ini mencapai kelajuan 326 km sejam semasa kami menaiki nya. Bagi sesiapa yang teringin menaiki keretapi laju ni, boleh juga naik kapalterbang Air Asia dari LCCT. Air Asia mendarat di Tianjin, bukan di Beijing. Lepas tu boleh lah cuba bullet train ni untuk ke Beijing.

HARI 6 (12HB. JUN 2009)
Asyik pergi melawat je ni, bila masanya pergi shopping. Adaaa.... Petang hari ke 4 dan ke 5. Pagi hari terakhir, iaitu hari ke 6, Atuk-atuk kumpulan kami tu dah berlepas pulang. Tak sama dengan kami. Mereka pulang awal sedikit. Jadi, pagi tu pun kami pergi lah shopping. LAST CAKOK kata orang. Lepas makan tengahari kami pun menuju ke airport dan berlepas pulang ke KL jam 4.15 petang. Sampai di KLIA jam 10.40 malam, kami terus pulang ke rumah menaiki teksi. Begitulah kisahnya. Sekian.

No comments: