Friday, June 5, 2009

MELAWAT NENEK

Minggu lepas 30hb Mei 09 sempena cuti sekolah saya sekeluarga telah balik ke kampong. Dari kampong kami ke Seberang Perai. Kami berkunjung ke sebuah tempat yang bernama POKOK MACHANG.
Di Pokok Machang kami mengunjungi sepupu ibu yang bernama Makcik Zura. Agak unik juga Rumah Makcik Zura kerana ianya di buat daripada kayu. Selain merupakan kediaman, Makcik Zura juga mengusahakan perniagaan yang berupakan
HOMESTAY di rumah kayu tersebut. Pada sebelah malamnya pula Makcik Zura mengusahakan perniagaan restoran. Wah! hebat betul Makcik Zura ni. Macam-macam bisnes diusahakannya.
Selain daripada hal-hal yang diceritakan tadi, Rumah Kayu ini di diami oleh seorang nenek tua. Ibu memanggilnya Mak Long Bedah.
Umur Nenek Long Bedah ini telah mencecah 100 lebih tahun. Namun ingatannya masih kuat. Masih boleh menghafal ayat-ayat Quran. Semua nama kami di sebutnya satu persatu.
Nenek Long Bedah sangat gemar menghisap curut. Namun ibu terpaksa memasang apinya terlebih dahulu sebelum di berikan kepada Nenek Long Bedah untuk di hisap.
Inilah gambar close-up Nenek Long Bedah yang merenung jauh. Mungkin merenung kehadapan sisa-sisa hidupnya yang hanya di ketahui oleh Allah SWT. Untuk Nenek Long Bedah, saya ucapkan dan berdoa agar beliau sihat sejahtera, bahgia dan selamat menempuh hari-hari yang mendatang dengan tabah.

No comments: